Monday, October 28, 2013

Selama Masih Bertahan

Dari awal sehingga sampai saat ini
Segala yang telah aku buat bersamanya tidak terasa penat
Cuma.. 
Aku ingin sangat kau menjadi milikku sampai akhir hayat..
Sentiasa ada disampingku waktu susah dan senang.. 
Mengharungi bersama..
Membawa kebahagiaan bersama.. 
Tapi..
Senang air mata mengalir setelah lama tersimpan..
Mungkin sebab terlalu berharap, sayangkan dia aku senang terasa sebak..

Kenapa aku tak rasa aku mampu bertahan, 
Aku kena kuat,
Aku sayangkan dia sangat,
Sebabkan sayang aku jadi macam ni..
Sabarlah hati.. Semuanya ada hikmah..

Sayang..
Sayang tau tak, dalam hati kecil org ni,,
Diri sayang adalah yang terindah sekali..
Sayang tau tak org nak menjaga sayang selama hidup org..
Org akan sentiasa mencintai sayang..

Selama mana org boleh bertahan,
Selama mana hati org mencintai syg,
Selama mana sayang nak dekat org,
Selama tu org akan selalu sayangkan dia.



Tuesday, October 8, 2013

Pecah!

Urmm... Sad.. Hari ni bila masuk opis botol air jatuh dari meja.. Terus pecah... Takda rezki, dah la tu botol air adik amek dari mum.. Nak ambik tu pun susah nak dapat.. Bila dapat, haaisshhh...



Monday, October 7, 2013

Mengharapkan Syahmah Abd Latiff

Apa yang nak diharapkan?

Syg.. Kalau ada terbaca ni.. Nanti syg fikirkan dalam dalam... Syg tenangkan hati dan jiwa. Fikir betul betul apa yang org nak harapkan dari dia.. Org harapkan satu je dari dia. Org tak harapkan benda lain selain dari yang ini.. Ini untuk kebaikkan dia.. Kebaikkan dia sampai bila bila... Org nak dia lakukan yang terbaik untuk diri dia.

"Org harapkan dia mempunyai Akhlak yang sangat sangat baik" 

Syg jangan salah paham, org tak cakap dia tak da akhlak ke apa.. Cuma org dengan syg nak sama sama mempunyai akhlak yang baik. itu je org harapkan dari dia... org pun nak belajar benda yang sama.. sebab tu org nak ajak syg buat apa yang org nak buat sekarang ni.. Bukan senang seseorang tu nak ada akhlak yang baik. Akhlak yang baik kepada diri sendiri, ibu bapa, adik beradik, saudara mara, kawan kawan even dengan haiwan sekalipun. Nanti org nak syg cari apa tu akhlak yang baik, terangkan kepada org. Nanti kita share apa yang dia dapat dan apa yang org dapat. Org harap dia ada terbaca apa yang org tulis ni.



"Thanks syahmah abd latiff being of part my life".

Hakikat Keampunan



SOALAN

Apakah tafsiran Surah an-Nur, ayat 31 yang bermaksud: “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.


JAWAPAN


Dr. Yusuf al-Qardhawi menyatakan dalam kitabnya Taubat Untuk Allah: Di dalam ayat ini, Allah s.w.t telah memerintahkan semua orang yang beriman supaya bertaubat kepada-Nya. Tidak terkecuali seorangpun, tidak kira sekukuh mana istiqamah (komitmen) seseorang itu dan setinggi mana dia menakah darjat ketakwaan. Dia tetap memerlukan taubat.


Di kalangan orang beriman, ada yang bertaubat daripada dosa-dosa besar apabila mereka sering melakukannya kerana ia bukanlah ma’sum. Ada pula yang bertaubat daripada dosa-dosa kecil yang sedikit sekali manusia selamat daripadanya. Ada pula yang bertaubat daripada perkara-perkarasyubhat. Sesiapa yang menjauhkan perkara syubhat bermakna dia telah menyelamatkan agama serta kehormatannya.


Ada pula yang bertaubat daripada perkara-perkara makruh. Ada juga yang bertaubat daripada kelalaian yang terlintas di dalam hati mereka. Bahkan ada juga yang bertaubat lantaran melakukan perkara yang lebih ringan daripada itu kerana ia menghalangnya daripada naik ke darjat yang lebih tinggi.


Pengarang kitab al-Qamus menjelaskan ayat al-Quran ini di dalam kitabnya yang bernama al-Basyair: Ayat ini termasuk di dalam Surah Madaniyah yang diajukan oleh Allah kepada orang-orang yang sudah beriman, orang-orang yang terbaik di kalangan makhluknya agar mereka bertaubat kepada-Nya, setelah mereka beriman, bersabar, berhijrah dan berjihad. Kemudian dikaitkan keuntungan kejayaan dengan taubat. Semoga kamu akan beruntung, kaitan ini adalah kaitan antara sebab dan musabab, Allah mendatangkan ungkapan semoga yang menggambarkan sebuah harapan yang bermaksud: Jika kamu bertaubat bererti kamu ada harapan untuk berjaya. Orang yang mengharapkan kejayaan tersebut adalah orang-orang yang bertaubat.






SOALAN

Apakah tafsiran taubat mengikut Imam al-Ghazali?


JAWAPAN


Taubat menurut tafsiran Imam al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya’ Ulumiddin ialah makna yang terangkum di dalam tiga unsur iaitu ilmu, keadaan dan amalan. Ilmu adalah yang pertama, keadaan adalah yang kedua dan amalan adalah yang ketiga. Perkara pertama merupakan kemestian bagi perkara kedua, perkara kedua merupakan kemestian bagi perkara ketiga. Kemestian ini berdasarkan ketentuan sunnah Allah di dalam alam.


Imam al-Ghazali berkata: Menerangkankan berkenaan dengan beberapa hakikat taubat:


1. Unsur maghrifah (pengetahuan di dalam taubat).


2. Emosi keinginan.


3. Unsur amali di dalam taubat.


4. Mengikhlaskan taubat kepada Allah s.w.t.






SOALAN

Nyatakan maksud istighfar.


JAWAPAN


Istighfar ialah memohon keampunan atau memohon penghapusan dosa, menghilangkan kesannya dan berlindung dari kejahatannya. Ibn al-Qayyim telah berkata: Hakikat al-maghfirah (keampunan) ialah melindungi daripada kejahatan dosa. Oleh sebab itu setiap yang menutupi kepala dari kesakitan dinamakan sebagai al-Mighfar.






SOALAN

Bagaimanakah ikatan antara istighfar dengan taubat?


JAWAPAN


Istighfar yang hakiki mengandungi taubat sepertimana taubat mengandungi istighfar. Setiap satunya termasuk di dalam pengertian yang satu lagi. Tetapi jika kita gandingkan di dalam ayat yang sama seperti mana yang dikatakan beristighfarlah kamu kepada tuhan kamu dan bertaubatlah kepadanya. Maka makna istighfar di sini ialah meminta perlindungan daripada dosa yang lalu, sementara taubat pula bermakna kembali dan memohon perlindungan dari kejahatan apa yang ditakutinya pada masa depan daripada perlakuan buruknya.


Imam Ibn al-Qayyim telah berkata: Di sini terdapat dua dosa. Satunya ialah dosa yang lalu, beristighfar darpadanya ialah memohon perlindungan daripada kejahatannya dan daripada dosa dibimbangi akan dilakukannya. Kembali kepada Allah terdiri daripada dua cara, kembali kepada-Nya untuk melindungi dari kejatan yang lalu dan kembali kepada-Nya untuk melindunginya daripada kejahatan akan datang yang disebabkan oleh perlakuan yang buruk.


Istighfar juga termasuk di dalam kategori menghilangkan kemudharatan sama ada taubat adalah permohonan mendapatkan manfaat. Keampunan ialah melindunginya daripada kejahatan dosa dan taubat, memperolehi apa yang disukainya setelah perlindungan ini. Setiap satunya memerlukan antara satu sama lain.






SOALAN

Apakah perbezaan antara bisikan nafsu dengan bisikan syaitan?


JAWAPAN


Menurut al-Junaid al-Baghdadi bahawa nafsu apabila meminta sesuatu kepada kamu ia membuat saranan berterusan dan sentiasa mempengaruhi kamu sehingga tercapai kehendaknya dan berhasil tujuannya melainkan apabila ia digagalkan dengan mujahadah sebenar yang berterusan, kemudian ia terus mempengaruhi kamu dan mempengaruhi kamuu.


Tetapi syaitan apabila mengajak kamu melakukan sesuatu penyelewengan tertentu dan kamu mengingkarinya dia mempengaruhi kamu supaya melakukan penyelewengan yang lain pula kerana bagi semua pelanggaran ajaran Allah itu sama baginya. Ia hanya mahu selama-lamanya mengajak kepada penyelewengan apa sahaja dan bukan tujuannya, mengkhususkan penyelewengan dalam satu perkara dan tidak yang lainnya.






SOALAN

Apakah yang dimaksudkan dengan muraqabah?


JAWAPAN


Muraqabah bermaksud tilikan atau tumpuan hati secara berterusan terhadap Allah serta menunggu limpahan kurnia daripada-Nya. ia dilakukan sehingga menjadi satu sifat yang sebati dengan diri. Berterusan melakukan muraqabah membawa kepada tercapainya mushahadah. Amalan muraqabah ini merujuk kepada hadis Nabi s.a.w yang bermaksud: “Sekiranya engkau tidak melihatnya maka sesungguhnya Dia melihat engkau.” Demikian juga hadis yang bermaksud: “Jagalah (renungilah) Allah nescaya Dia akan menjaga dirimu.”


Dalam tarikat Naqsyabandiyyah, terdapat beberapa jenis muraqabah yang diamalkan yang menjadi asas muraqabah-muraqabah itu ialah muraqabah ahadiyyah, muraqabah ma`iyyah dan muraqabah mutlaq.



Credit to: Ummata Wasatan page  http://ummatanwasatan.net/2013/04/setinggi-dan-serendah-mana-tetap-memerlukan-taubat/

Sunday, October 6, 2013

Ketetapan Hati

Kecewa Dengan Diri

Mintak maaf sebab masalah hari tu.. Sebenarnya org memang tak dapat nak tangkap apa sebenarnya yang dia fikirkan. Cuma terasa diri ini sangat menggangu hidup dia. Terasa diri sendiri tak dapat nak menjadi yang terbaik untuk dia. Cuba fikirkan positif tapi kadang kala terasa sangat "kenapa dia macam ni" "apa yang terjadi sebenarnya" "sebenarnya apa sebabnya" just remain myself... "rileks beb... takpe dia sibuk ni.. jap g dia call balik ni" that word just only in my brain not my heart.. heart is hurt to know what happen suddenly.. 
In time just only regret for myself... i dont want it anymore.. Kalau ini yang diharapkan takpe lah... kalau dia masih sayangkan lagi dia akan cari... "there is always hope "


Perubahan Yang DI CARI

Cuba untuk menjadi seperti mana yang diharapkan. Cuba untuk menjadi soleh.. Cuba untuk belajar ilmu yang wajib dipelajari..Cuba untuk mendalami ilmu agama lagi sepertimana yang dituntut... Bukan cuba mencari ilmu dunia semata mata..  Now onward, bukan cuba tapi buat... Buat untuk diri sendiri, pernah terdetik nak belajar lagi.. Semalam ada kawan call.. Cakap dengan dia nak belajar dekat indon maybe take 2 or 3 years. Dia sokong... Urm mencari kekuatan diri sendiri.. Memaksa diri sendiri.. Menahan diri sendiri.. daripada keburukan kepada kebaikkan.. Ya Allah.. Ak memohon kepadaMu.. Berilah kepadaku jalan keluar daripada masalah yang ak hadapi ini. Berilah kepadaku kemudahan dalam menguruskan kehidupan ku ini. Ya Allah, ak tak mengharapkan pertolongan orang lain selain pertolongan daripadaMu Ya Allah.. Ya Allah, lindungilah org yang berada disekelilingi ak, rahmatilah mereka Ya Allah.. Ya Allah, ak memohon agar org sekeliling ak tidak membenci ak atas kesilapan yang ak lakukan, Ya Allah ak memohon agar org disekeliling ak tidak kecewa dengan diri ak ini Ya Allah. Ak telah melakukan kesilapan keatasMu Ya Allah.. Ya Allah ampunilah dosa ak Ya Allah.. 



 

Wednesday, October 2, 2013

Hukum menyambut Halloween



Pada 31 Oktober setiap tahun, penduduk di US akan menyambut perayaan yang dikenali sebagai Halloween. Perayaan ini juga dikenali sbg All Saints’ Day. (Saint = St = org yg diisytiharkan oleh gereja kristian sudah mendapat ketakriman melalui kehidupan suci, melalui mukjizat dsb.) Seraca umumnya Halloween juga adalah perayaan yang berasal dari Gereja Kristian. Pada tahun ini, 2008, penduduk US akan menyambut Halloween pada hari Jumaat. Antara tradisi perayaan Halloween ini adalah “trick-or-treating”, “ghost tours”, “bonfires”, “costume parties”, “visiting haunted houses”, “carving Jack-o’-lanterns”, membaca kisah seram dan menonton filem seram.(sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Halloween)

Perayaan Halloween ini dibawa oleh imigran Ireland ke US sekitar abad ke-19

Terdapat banyak percanggahan dalam perayaan Halloween dari sudut agama. Antaranya, perayaan ini adalah diatas kepercayaan bahaya pada tarikh 31 oktober, jurang antara dunia nyata dan dunia roh adalah agak samar. Maksudnya, roh boleh berkomunikasi dengan manusia. Dipercayai pada malam halloween adalah malam dimana ruh kembali kerumah masing-masing untuk melawat sanak saudara dan kaum kerabat. Malam Halloween juga merupakan malam untuk menilik nasib, perbuatan menilik nasib dan mempercayainya adalah jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Terdapat banyak lagi sambutan dan aktiviti ritual sepanjang sambutan Halloween yang bercanggah dengan kepercayaan Islam.

Teras kepada sambutan Halloween juga bercanggah dengan ajaran Islam. Sejarah awal sambutan Halloween sebahgiannya adalah berteraskan kepercayaan bahawa semangat ruh jahat yang mempunyai kuasa untuk merosakkan tanaman dan mampu membuatkan seseorang jatuh sakit.

Hujjah dan Dalil

Islam sangat prihatin dan menghendaki supaya umatnya mempunyai identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat yang lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi-tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dan serupa dengan umat lain. Dalam erti kata lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T. ;

Bermaksud:

“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.”
(Al-Kafirun ayat 1-6)

Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal-hal bersifat individu, misalnya dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan dan sebagainya. Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. bermaksud :

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus.
(Al-Hajj ayat 67)

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, budaya dan amalan meraikan Halloween adalah DILARANG SAMA SEKALI oleh agama Islam. Ini adalah kerana perayaan tersebut mengandungi unsur-unsur ritual dan kepercayaan agama Kristian.

Sesungguhnya Allah itu tuhan yang maha penerima taubat. Bersegeralah bertaubat kepada-Nya.

Akhir kata

“Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja) dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal.”
(Al-Ghafir ayat 39)

credit to Dakwah Islam page. (http://dakwah.org/blog/?p=279/)