Sunday, July 28, 2013

PESAN OPAH

                                      Bismillahirrahmanirrahim..

'Dan diantara tanda-tanda( kebesaran) Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenis kaum mu sendiri ,agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu  benar-benar terdapat tanda-tanda(kebesaran Allah ) bagi kaum yang berfikir.'
                                                                                                                       (surah Ar-Rum :21)

Ya Allah,
aku memohon cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu 
aku juga memohon cinta yang mendekatkan ku kepada cinta-Mu 
Ya Allah,
jadikan aku redha sepenuh hati kepada cintaku kepada-Mu ,
Engkau yang menguasai segala usahaku
Ya Allah 
aku memohon agar aku mencintainya kerana-Mu ya Allah
dan dia mencintaiku juga kerana-Mu ya Allah
satukan hati kami dengan kasih sayang-Mu ya Allah
Ya Allah
sekiranya dalam pengetahuan Engkau,hal ini baik dalam urusan agamaku di dunia dan baik untuk akhirat ku,
maka,tentukan dan permudahkan lah ia untukku
berkati diriku
Ya Allah
sekiranya bukan,elakkannya daripada ku
kemudian ,Engkau tentukan apa yang terbaik untukku dan redhai aku
tenangkanla hatiku atas setiap kecintaan buruk yang telah Engkau singkirkan daripada ku
Ya Allah 
dengarla permintaan hamba-Mu wahai yang Maha Mendengar
Amin...


Friday, July 26, 2013

Saya tak nak tulis lagi!

Malam tersenyum bila melihat habib syech assegaf berqasidah. Tapi malam boleh tersentap bila mana hati terusik. Saya dah tak nak tulis sebab hati sudah terusik. It can be seriously injured when someone was get hurt! Its me. Yep its me. Because I sentap yang. Sangat sangat!!! My heart was getting worried when I heard you with tuutttt. Majok sampai lepas raya.

Ini dinamakan rindu atau cemburu??!!.. entahlah. Biar kan je la.  Selamat bersahur!

Saturday, July 20, 2013

Saya Cuma Kazen Dia!

Petang tadi aku bangun lewat solat asar setelah tertidur membaca novel contengan jalanan.  Tertidur setelah sampai ke bab 7. Baru nak best setelah sampai ke bab 7!!. Kalau bukan sebab dia minat baca novel ni takkan sesekali nak baca jugak. Boleh tahan! Lambat panas!

Hari ni iftar rumah makcik setelah sekian lama mengajak berbuka sekali. Macam selalu, asyik lewat je. Berbuka la tengah jalan then berenti solat maghrib dulu. 

Alhamdulillah! Kenyang sangat. Setelah sekian lama nak makan masakan makcik tercapai jugak. Jam dah pukul 10 lebih. Malas plak nak balik. "Najib ikut angah balik Putrajaya nak" anak bongsu makcik ak ni mang tak boleh berenggang dengan maknya. Dah darjah 4 pun nak manja bagai.. "Okey... mak nak baju ajib. Nak ikut angah balik" ehh nak pulak budak ni ikut aku. Kalau sebelum ni, bukan main tak nak je jawapannya. 

Sampai Putrajaya najib tanya aku.   Banyak persoalan dia. Aku melayan kan je pertanyaan dia.  "Angah diorang buat pe lari malam malam ni." "Jogging jib". "Angah basikal diorang ni mahal tak ngah". "4 ratus lebih jib." "Angah yang lampu tinggi tinggi tu pe ngah" mercu tanda jambatan kat Putrajaya. "Jom ajib singgah sana jab. Sana banyak lampu cantik cantik." Aku pun lepak kejap. Kalau sebelum sampai sana bukan main cakap kat dia jangan lepak lepak cam ni. Hehe. 

Sebelum balik rumah, aku singgah kedai nak beli makanan untuk sahur. Dalam perjalanan balik tu aku malas sangat sangat nak tunggu traffic light. Sooo aku pun langgar. "Angah lampu merah tu. Kenapa jalan jugak. " ehh bukan ajib suruh jalan ke tadi. Cakap nak terberak la sengaja aku nak mainkan dia. "Mana da ajib suruh" adalah tadi. Kalau angah kena dengan polis angah tuduh ajib yang suruh tau. Angah tak kira ajib yang suruh tadi. Tengok angah da langgar lampu merah. "Ahh takde ajib tak suruh. "Ooo angah yang bawak ajib yang kena. "Takda takda nanti polis tahan ajib cakap tak tau. Ajib kazen angah jek." Hahaha pa la, jawab ajib kazen angah je???

Sampai rumah aku suruh ajib cuci kaki muka, buang apa yang patut. "Dah! g tidur, esok angah kejut sahur, angah nak buat kerja kat depan" dah macam bapak menyuruh anaknya tidur plak. Aku pun start la kerja, kalau buat kerja kat rumah selalu aku suka cakap buat "kerja sekolah".. Banyak pulak nak kena semak. Tender dengan drawing dah la tebal. Haisshhh, tak boleh jadi ni, 1st time aku dapat job yang sekalikan semua bahagian, Civil, Mechanical dan Electrical dalam satu tender untuk kerja construction. Mana la aku da prices untuk kerja MnE. Urmmm... Tangan capai hanset hantar mesej.. Pagi² buta hantar jugak mesej, aku dah tak pedulik, kalau dalam hal kerja yang tak puaskan hati aku ni mang cepat² aku nak solve. Bab² ni aku semangat nak hentam orang.

"Puan dah tidur ke, tadi baca tender dengan semak drawing, betul ke nak isi ni puan, kerja gila ni. MnE pun ada. Mana saya ada prices MnE. Tak kan nak tembak, dia punya tender sekali sekali dengan semua tu. Detail puan. Tak boleh siap sekejap ni, dah la bajet pun tak bagi. Ni projek ali baba ke pe, ni buka renovate, buat bangunan seketul, ada piling, sebelah projek tu da existing building, lagi sakit, kena tengok hydraulic piling ni, kena tengok drawing betul². Kalau saya buat nanti kena harga burst saya tak nak tanggungjawab." 

Pagi tadi dapat panggilan lepas subuh, cepat nah call pagi². Dah la tak tidur semalaman. Katanya, takpe nanti dia bincang lagi. ermmm.... Tau pun kena bincang.. Janganlah lepas tangan gitu. Kerja kena smart, baru hasilnya smart

Jam dah pukul 5 lebih, aku pun masuk bilik kejut ajib, capai tuala nak mandi. Sejuk!!! siap pakai baju aku panaskan lauk yang beli semalam.. "Ajib bangun cepat, sahur!! jangan nak ngada² tak puasa... Bangun cepat!!"


Ajib baca doa.. "Angah la baca, Ajib tak tau" haishhh.... Aku pun baca satu persatu, dia pun ikut.. "Nawaitu saumaghadin" "an'adai fardi syahri" ramadhana" "hadzihissanati" lillahita'aala"..  Merangkak rangkak dia baca...  Teringat zaman aku budak kecik dulu.. Mama mesti baca macam tu, satu persatu, Pagi tu aku terasa macam dulu² plak.. ikut bacaan mum.. Sad!!!

Ajib²... Aku harap dia boleh jadi harapan keluarganya. Urm.. Setiap orang ada je Allah bagi ujianya, mungkin uji dengan kesihatan, rezeki tak pun dengan anak anak. Ya Allah kuatkanlah iman kami untuk menempuhi segala ujianMu.. Sesungguhnya kami tak mampu nak hadapi tanpaMu Ya Allah.. Anugerahkanlah kesabaran kepada kami supaya dapat menempuhi ujianMu dengan penuh keihklasan dan keimanan. Amin..

"Angah! angah nak solat kat surau ke" ajib tanya aku... hehehe tak la jib, angah solat kat rumah. Malu plak aku budak kecik tanya cam gitu... gena nak tunjuk tauladan yang baik ni... 

Lepas solat aku pun kemaskan kerja sekolah aku... jap g nak masuk site... mengantuk sangat.. macam mana nak buat ni... Semalam tak dapat tidur, teringat kat someone who wanna go Bagan Lalang.. Saya jumpa dia lagi!!! haahahaha what da shame..... beshya.... sambil tunggu dia reply mesej aku pun taip la benda alah ni,,, aku dapat rasakan kalau ak buat ni mampu mengurangkan rindu kat dia.. sebab blog ni blog untuk dia... hehehe... tapi... gelak berenti di situ,,, dia tak reply mesej pun.. mesti tak jadi... agak dah!!

Sambil nak tunggu daq sepet tu... jam dah pukul 10 pagi lebih.. aku pun siap² g site... nak siapkan kerja yang tertangguh.. siap je keja, aku masuk office sekejap.. upload benda ini... yeaayy terubat jugak..... dah la tak nak tulis dah!! nak balik tidur... dia pun mesej orang pe "Erm xjd la yg..he..tertdow"   Majok seminit dengan dia!!!.....


Nota kakiku:::::
Orang nak cakap dengan dia ni, kalau ada budak kecik jangan tunjuk benda yang tak baik. Contohnya langgar traffic light ke, tipu dia ke walaupun untuk suka suka.... lebih² lagi suruh budak beli rokok untuk dia.. erkk! bukan dia tapi orang lain... hari tu ternampak pokcik tu, boleh suruh anak dia belikan rokok.. pokcik tu tunggu atas moto jek.. bulan Ramadhan plak tu... petang lagi, dah nak berbuka da pun... haishhh tak paham..

lastly.. orang rindu la kat dia...sekarang jam 12.55 tengah hari,, tengah mesej dengan dia... kalau dia pujuk org g jb ni mesti org g lepas zoho.. Sekian.. Terima Kasih sebab sudi memberi ruang kepada diri ini!!!



نـَوَيْتُ صَوْمَ غـَدٍ عَـنْ ا َدَاءِ فـَرْضِ شـَهْرِ رَمـَضَانَ هـَذِهِ السَّـنـَةِ لِلـّهِ تـَعَالىَ


with smile (=





Friday, July 19, 2013

KesedihanHati


Semalam aku ada la kan cek fb adik bradik aku.. saja je… nk tgk pekembangan adik bradik sndiri,, nk jumpa jauh plak… Cuma dekatkan hati just tgk fb jek… lepas belek pnya belek adala sket2 yang besh.. boleh tahan jgk dak2 ni… nk komen lebih2 adik bradik plak.. tak kesampaian hati plak… tp bila aku tgk fb adik aku sorang ni,,, ada la post tu… seorng yang bagus beceramah,,, petah bekata2… gaya intonansi sngat baik.. beliau menjawab persoalan mengenai keadaan di palestin… tedetik sungguh hati ini ingin meluahkan pendapat kepada beliau… ingin sangat beliau mendengar luahan hati ini…

“TIDAK WUJUD JIHAD DI PALESTIN”

Tertarik dengan tajuk nya,, aku pn tengok la ceramah dia dalam youtube yg adik aku share tu.. dengan harapan yang tajuk tu sebenarnya salah…Salah ni dari pandangan aku jek,, ceramah cakap lain tajuk plak ckap lain.. mcm org surat kabar slalu buat… emmmmm bila dah tgk dgn dengar baru tau… ooooo mcm tu rupanya… betul kut pa beliau cakap.. sebab beliau lebih arif lebih alim dan mengetahui lebih dari aku.. haaisshhhh… beliau ckap takda jihad dalam palestin.. 1st think,, beliau ckap… penduduk gaza kat palestin sana kena ada STRATEGI….. bagaimana nak tumbangkan Israel….. lepas tu tentera kena ramai lagi daripada tentera israel.. sebab sesiapa nak buat jihat kena ada semua tu… beliau cakap lagi.,.. umat islam kat sana kena keluar daripada negara y sendiri… keluar daripada di bunuh oleh tentera zionis laknatullah….kalau tak ckup semua tu takda la jihad.. aku tengok sekali jek… tak dapat nk tengok bkali2… Cuma tepikir je.. klaw smua kn keluar daripada palestin,,,ramai tu.. kat 2 juta org,, depa nk p duk kat mn…?? Pekerja bangla kat negara kita ada brapa ye??.. Sama bnyak tak.. rasa2 y kalaw campur semua warga asing yg bkerja di Malaysia mybe sama bnyak kut.. bleh la mintak datang negara kita… ganti dengan bangla… tapi… nak ke mereka datang… mati hidup semula pn takkan datang… sebab apa??? Sebab syahid.. Jihad Fisabilillah…. Buat apa kejarkan dunia sedangkan kehidupan akhirat kekal abadi….


Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw berkata:

"Tiada siapa yang telah memasuki syurga akan mahu pulang ke dunia, walaupun jika ianya diberi segala apa yang dikandungi dunia; kecuali yang syahid, dia akan asyik mengharapkan dapat pulang ke dunia dan disyahidkan 10 kali lagi `fi sabilillah' disebabkan penghormatan yang diberi sebagai balasan syahidnya."
[Bukhari dan Muslim]



Bumi palestin bumi tepilih,, bumi para anbiya… penah dengar tak… Hizbut Tahrir (HT) apa yang nk dikaitkan dgn HT ni??? Dalam VIDEO YANG AKU TENGOK TU!! USTAZ TU CAKAP!! keluarlah kamu dari palestin… kumpulkan kekuatan kamu… (alamak lupa la dia ckp pa) tu la tgk sekali jek.. tapi apa yg paham… beliau cakap tiada jihad… asyik ingat tiada jihad jek, suruh keluar dari palestin dulu… kumpulkan strategi, bala tentera, kuatkan iman, kuatkan akidah dan seangkatan dengannya,.,., sebenarnya HT dah buat mcm ustaz tu ckap,,, dia bejuang utk palestin…


Hizbut Tahrir diasaskan pada tahun 1953 di Al Quds (Baitul Maqdis), Palestin. Gerakan yang menitik beratkan perjuangan membangkitkan umat di seluruh dunia untuk mengembalikan semula kehidupan Islam melalui tegaknya kembali Khilafah Islamiyah ini dipelopori oleh Syeikh Taqiyuddin An-Nabhani, seorang ulama alumni Al Azhar Mesir, (AYAT NI AK KOPIPES JEK) yang aku baca… di Malaysia pun ada… HIZBUT TAHRIR MALAYSIA (HTM)… kat Bangla pn ada weh…


TAPI PERSOALAN YANG TERNGIANG2…… KALAW SEMUA KELUAR DARI PALESTIN,, SIAPA YANG AKAN PETAHANKAN BUMI ANBIYA NI??? MALAYSIA?? BANGLA?? EMM TAK MUNGKIN…. TAK KUT… TAKDA SAPA…


SEDANGKAN PENDUDUK PALESTIN SENDIRI DIRAMPAS TANAH, NAK RAMPAS TU DI BUNUH, DI USIR, DIBAKAR, DI BOM, TU PUN DIA RAMPAS SECARA PAKSA, TERANG-TERANGAN,, TANAH TU PLAK TAK MUNGKIN DAPAT BALIK…. MINTAK MAAF YE… KALAW KATA2 SAYA NI KURANG MEMUASKAN HATI USTAZ DAN PENYOKONG USTAZ… KALAW MEREKA KELUAR BEGITU JE MAKNAYA BAGI FREE KAT YAHUDI… F.O.C… FREE OF CHARGE… TAK MUNGKIN DAPAT BALIK…. EMmm MYBE USTAZ INGAT KALAW KITA DAH CKUP KUAT KITA SERANG, RAMPAS BALIK SAMA MACAM YAHUDI BUAT??? ADUYAI,,,, TAKNAK CKAP LEBIH2,,, SAYA NI TAK PANDAI SNGAT.,,, TP MAYBE OK KUT,… KUT LA.. BLEH JGK CARA CAM NI KAN…. TP BILA DAH YAHUDI SECARA TERANG2 DAPAT PALESTIN, DAH JD NEGARA BERDAULAT TIME TU.,,,, SEKUTU2 ISRAEL DA BEKAMPONG KAT NEGARA BERDAULAT TU,,, AMERIKA LAGI LA… TAPI TIME TU ISLAM DAH KUATKAN,.,, SETAKAT SEKUTU TU MACAM KUTU DI KUKU JEK… HOPE SO…. TAPI USTAZ,,, ORG PALESTIN TAK MACM TU TAK MUNGKIN MEREKA KELUAR DARI NEGARA MEREKA.. TAK MUNGKIN… SEBAB DIORANG PEGANG JANJI ALLAH S.W.T. DIORANG TAKKAN MATI SIA-SIA...


MINTAK MAAF YE USTAZ, NI CUMA PANDANGAN SAYA SAJA.

saya ni tak la ngaji tinggi,,, tak la sampai bleh jd DOKTOR ke.. USTAZ ke…. Tapi saya tepikir apa yang ustaz ckap... ini pandangan saya saja ustaz… pandangan setiap org berbeza dan tidak boleh dikatakan salah or betul.. jus pandangan saja.. saya tak kata saya betul or ustaz salah taw.. saya ni insan yang masih lagi mencari.. memang banyak kena blaja.. Cuma kalaulah jihad itu adalah hukum Allah,, contohnya mcm hukum hudud, saya takot nk becakap guna pandangan.. nanti berdosa.. takut salah, sebagai umat Islam wajib percaya dan yakin dengan hukum Allah.. tak boleh tolak.. kalaw tolak terkeluar Akidah..

Nk bagi contoh kecik jek… kalaulah org luar… samseng gila ni,,, baik sket je dari zionis tu… datang kat rumah kita… dia buat kacaw NAK RAMPAS TANAH dengan rumah kita,, SEDANGKAN KITA ADA GERAN TANAH NAMA KITA…dia nak rampas semua hak kita. haBeh dia bunuh guna pisau lipat.. bukan bom fosforus… adakah kita akan bediam diri… mungkin org tu kluar dr rumah lari tinggalkan harta rumah pusaka bagai… sebelom tu saya nk Tanya pa reaksi tuan rumah tu jek… Tanya reaksi je,… sekali lagi saya ulang reaksi dia… agak2 apa reaksi dia? Diam? Takot? Nak Lari? Maybe betul la,,, lari kut.. tu baru tanah dgn rumah kita sorang saja.. rumah pun kat bangladesh bleh la…

Tapi… brapa nilai harga sebuah Negara Palestin?… kenapa diaorng sanggup mati berjuang kerana tanah sendiri,,, tanah palestin??? Bukan setakat nak dapatkan syahid?? Bukan setakat tu yg saya rasa…. Sebabnya sejarah Negara palestin sendiri… kalaw saya nk terangkan sejarah palestin memang panjang la pendapat saya. Sedih kalau ckap suruh diorang keluar dari negara sendiri… kalaw 1 negara nk keluar sapa lagi dapat petahankan palestin… israel ni licik… bila diorang dah dapat hak sbgai asset diorang,, saat tu memang susah nk dapatkan kembali…sedangkan penduduk palestin sendiri ada kat tanah diorang boleh rampas,,, inikan plak kalau keluar tanpa melawan… pada pandangan saya… ckupla kita yang kat luar ni… yang tak telibat dari perang ni yang bejihad dengan cara ustaz ckapkan tu.,. akidah…akhlak, kumpul strategi diam2… buat la pape pn dalam diam2…perancangan ke,, senjata ke,, bila saat tiba masanya tu kita akan bantu menakhluk palestin kembali,,, berjuang besama2 dengan org palestin… sekarang ni palestin berjuang sendirian ustaz…. Bantula mereka ustaz… saya penah dengar ceramah seorng penceramah yang tesohor…. Dr Jamnul…. Ustaz pergi la dengar ceramah beliau… menangis saya dengar ceramah beliau… terasa sangat sampai ke hati,… sebrutal saya pn tekedu dengar ceramah ustaz kalaw dibandingkan dengan ceramah dr jamnul… dr jamnul penah cakap…. Beliau bagitaw,,,, semasa berada di palestin,.,., penduduk sana penah cakap… diorng tak beharap pun negara luar bantu hantar tentera berbilon… tak harap pun… Cuma diorg hrap doa kt semua… bak kata Dr Azri.. ajaibnya doa tu… betulkan dulu kerajaan yang ada sekarang… tegakkan islam dulu kat negara sendiri… InSyaaAllah.. bantuan tu akan tiba walaupn tak diminta… betul uztaz….. diorng lebih merasai pa yang kita rasa bebanding apa yang ustaz cakapkan…

Maaf kalau ada terkasar atau menyinggung mana2 pihak.. Cuma luahan hati…


Note:::seminggu lepas aku buat luahan hati ini, aku terjumpa Dr.Azri cakap benda yang sama dengan apa yang aku luahkan... Dr. pun tak menyokong cara ustaz tu... cuma kupasan Dr. Azri lebih baik dari yang ini =)


will continued.....

Thursday, July 18, 2013

Semalam Dengan Dia... yeaayy

Semalam dapat jumpa dia... yessss org menang dari budak tuuutttt... akhirnya dia datang jugak..
Tapi yang tak best dah nak balik awal.... tekejut mak nak!! cepat sangaatt.....
Terima Kasih tau dia.. kalau semalam org dapat rakam gelak dia bila dapat pokok cili tu kan best... hehehe dia gelakkan org kn kn kn... 
"mana ada org bagi pokok cili... bagilah bunga ros ke" hahaha.. biarla... biar org yang lain dari yang lain...untuk dia kenangkan tentang diri ini...
anyway... yesterday..   you look so different than before.. cute (wueekk) 
urmm.. i hope to see you again.. sad!! Saying goodbye is the hardest part.... but, before you went out, you should SAY SOMeTHING.. Disebalik pokok cili tu dia sebut... sayang kn org... tak dapat nak tengok mata dia betul²... =)

"the person i adore."

Wednesday, July 17, 2013

Untuk Dia

Semalam keluar berbuka dengan kawan di Alamanda, Putrajaya. Dia baru balik dari bercuti di Pontian, Johor. Sekali sekala jumpa dia memang terhibur. Banyak juga yang dibualkan. Kalau cakap hal daq sepet memang sayalah orangnya yang paling bersemangat. Sampaikan bercerita tu dengan nada yang agak kuat, semangat sangat.. yang dia asyik gelak saja.. (tak best plak tulis formal.. geli)

lepas berbuka tu, kitorang nak solat dulu. sampai je surau beratur panjang plak nak ambik wudhu.. jam dah lapan lebih... sambil² tunggu turn tu, ak plak bercerita hal daq sepet lagi... adui.. harap² orang tengah solat tak terganggu,,, maap... bila hal ni yang dibualkan ak jadi semangat sangat,,, suaranya dah kuat plak.. bila dah angkat wudhu tu,, ak berbaris dah nak ambik saf depan... abg sebelah suruh ak jadi imam,,,, haaaaaa....... dia cakap takpe saye iqamatkan... haaa....  lamanya tak jadi imam.. nak tak nak jadi la imam.... imam solat magrib... bacaan kuat... bila dah angkat takbir, rakaat pertama ok!!! rakaat kedua dah mengigil... mengigil badan kaki semua... bukan mengigil sebab jadi imam,,,,sebabnya aircond dalam tu sejuk sangat... laahaaaiiii,,,, 

"daq sepet::::ingat tak org penah cakap, org mang tak tahan sejuk, kalau malam malam tidur pakai baju pakai selimut tanpa kipas pun takpe,, kalau tertidur kat lantai, esoknya mesti tak sihat.... kalau dia nasihatkan org ngat lagi,,,  " tu lah degil, orang suruh makan buah oghen tak nak, makan ubat tak nak, ambik vitamin c tak nak.. macam mana badan tu nak kuat, asyik tak sihat je.!!! haissshh tak paham lah..."

keluar dari surau, kami pun masuk carrefour dalam Alamanda tu.. kawan katanya nak suruh tolong tukarkan tombol bilik.. sambil belek² cari tombol bilik tu...tetiba ternampak something... woaaaaaa... 



Pokok Cili


terus beli pokok cili ni... cilinya pun banyak jugak.. bukan pe.. teringat kat daq sepet, dia suka makan pedas.. pernah call daq sepet, time tu nak beli barang dapur... beli megi, beli sardin, roti..... tetiba nak beli cili... tanyalah dia,, kenapa nak beli cili,, "nanti nak masak megi senang, letak cili baru sedap" haahaaha... makan nak sedap jek,, nak pedas yang sebetulnya... katanya dulu dia pernah tanam pokok cili time zaman student.... haaaaaa???? sampai tanam pokok... mang tergelak senyum kambeng la.... adui.,.. 
:::daq sepet-----> ni orang belikan dia pokok cili tau,,, dia jagalah pokok ni,,, jaga sampai buah cilinya tembun² tau... nanti kita jumpa org bagi,,, org harap dapat jumpa dia sebelum pokok ni mati di tangan org... =)


hari ni masuk office, akak kerani tunjuk something kat org.. pokok bunga dalam bekas kaca.. mang org tertarik sangat sangat... "The Secret Garden-gifts for modern people" akak cakap, pokok ni dari brazil, lepas tu di hantar ke jepun guna teknolgi pa ntah tuk secure pokok tu.. pokok tu mampu hidup selama 10 tahun...katanya lah... 



"the secret garden" jeng jeng.....


Pokok tewchik ni idop tawww??? hahaha... org ngatkan pokok ni di awet ke, pokok pelesu ke.... rupanya tak......... mang betul² hidup... bila pokok ni di renjis renjis dengan air... bunganya tu akan menguncup....
hebat-hebat...... nampak reaction pokok tu.... ni org hadiahkan jugak kat dia...harap² dia suka... dan yang penting... pokok ni tak mati di tangan org jugak... lahaiiii.....  (=

nampak tak bunga tu nguncup


urmmm.. dah dah nanak tulis dah... nak balik bukak puasa dengan abg nasir for the first day geder² after 8 day pass ramadhan,,,,


(with hope daq sepet)


Tuesday, July 16, 2013

Kerja ohh Kerja...

 

what da boring


hari ni dapat panggilan daripada kawan mengatakan site dia masalah tak dapat nak setel.
so.. setelah siap kerja di tempat sendiri pergilah menjenguk beliau.. ohhh ohh isu lama.. 
sewerage line has been blockage at basement 2 and affected the level 1 especially store room area.
smelly... what da fishh... urm urm im looking for drawing plan to ensure specification and design follow the rule and was correct in construction.. dammit... its follow da rule.,.

so what can i said... wehh kau buat macam ni la... ak da lewat sangat ni, subcont nak jumpa ak... terpaksa gerak dulu. tapi yang penting kau tengok detail drawing. kaji lagi,, kalau ak nak blame design,,
design tu tak mampu nak catch up kegunaan da whole block. tu yang blockage. issue kan design walaupun design follow drawing.... boleh kut... mesti kaw dapat lepas dengan pihak atasan.

with mata yang mengantuk nak balik jumpa kawan untuk berbuka puasa sekali (panjang tak)

Monday, July 15, 2013

Terima cabaran untuk dia

Semalam aku call dia.. niat hati teringin nak bertanya.,.. ''agak-agak org da bakat dak nak jadi penulis, teringin sangat nak tulis untuk drama takpun filem'' dia gelak bilamana mendengar luahan aku. urmm,, katanya buat la blog dulu.. cuba tulis dalam tu..  so aku pun buatkan satu untuk dia.

with daqsepet

Hanya Untuk Dia

dari kawan aku yang bercerita kepada sahabatnya..
mungkin seketika dia hadir untuk bercerita kepada aku...
hadir untuk memberi kekuatan dan mengisi kekalutan dijiwa...
kekuatan yang sangat diperlukan untuk mencari erti kebahagiaan...
mungkin..     kebahagiaan hanya seketika...   hanya aku yang merasa ketenangan..
ketenangan bila berbicara..   kesedihan terasa bila bersama...   hanya seketika sahaja...
walaupun satu hari nanti akan hilang dalam ingatan.... 
cuma bila tiba saatnya,,, harinya tiba.. "aku yakin aku tak kan toleh kebelakang lagi",,
itulah rewards di atas pengorbanan dan kesakitan yang dirasai selama ini...


cubalah berlajar bersyukur, bersabar, jujur dan ikhlas...
ayat yang akan disimpan dihati..  ayat yang membuat terasa mendapat keyakinan ...
keyakinan untuk melihat dia berbahagia walaupun tidak bersama...


dalam dunia diberi dua pilihan..
sama ada memilih atau dipilih..
jika memilih....pilihlah yang terbaik..
kalau dipilih.. jadilah yang terbaik...


semua yang ada di depan mata mungkin hanya seketika..  
seketika cukup berharga untuk merasakannya..
mengharap hari hari yang dilalui beroleh saat indah bila bersama..
untuk..   menyimpan seribu kenangan bila mengingatkannya..
walaupun bahagia mengejar benda yang tak pasti kunjung tiba...
yang pasti akan melukakan diri sendiri setelah sepi menjelma... 
tapi kebahagiaan pasti ada untuk dia... 
keihklasan di hati melihat kebahagiaan bersama dengan pilihan dihatinya..


nukilan hati ini